Elakkan daripada tinggalkan sahur. Sabda Rasulullah saw,
“Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”.
Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana
sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal
bertenaga di waktu siang.
Jangan menangguh waktu berbuka. Ambil makanan yang
mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat
memberikan semula tenaga pada badan. Supplement B Complex
perlu diamalkan bagi menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk
penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap
iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat
pada sayur dan buah.
Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang
ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana
seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.
Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan
peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana
gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.
Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur.
Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu
berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika
berpuasa di siang hari.
Jangan terus tidur setelah bersahur.
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan
dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus
tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses
ini untuk berlaku. Jangan biarkan diri anda terus berada
dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu
berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah
gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan