Selasa, 22 Julai 2014

Soya Penyebab Kanser? Kenali ESP SHAKLEE dan kenapa ianya berbeza.

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...

ESP ialah protin..kenapa protin penting?


  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Jumaat, 4 Julai 2014

TESTIMONI SET PENYUSUAN IBU



Assalamualaikum dan salam sejahtera.... semoga sihat2 hendak nya...disini kami sertakan beberapa TESTIMONI cust yang telah mengguna produk Shaklee...Testimoni bkn dari group saya sahaja
tetapi dari Cust Group lain juga....yang sudi berkongsi dengan anda semua...kami akan UPDATE
 beberapa testimoni terbaru pelanggan kami...harap bersabar...











Rabu, 2 Julai 2014

SUBHANALLAH! - INILAH 12 KAUM YANG DIBINASAKAN ALLAH (MESTI BACA)

Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Allah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.


Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :

1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).  

4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

IKLAN JAP.......

OK TERUSKAN MEMBACA......

8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19)

Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Gebu Cantik Berseri....


Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Apa kata mereka yang telah mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee ini?






IN SHA ALLAH ANDA SENTIASA CANTIK BERSERI DENGAN MENGUNAKAN VITAMIN SHAKLEE.............

VIVIX SHAKLEE tonik ajaib dengan 1001 kebaikan In Sha Allah....



Alhamdulillah promo bulan ini adalah VIVIX tonik ajaib dengan  1001 kebaikan.
Vivix Shaklee adalah antara makanan tambahan terbaik dari Shaklee. Menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dan juga untuk awet muda.

 
Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 
   

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi,
bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel.
Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar.
Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.



 Antara Khasiat VIVIX adalah:

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan. Sangat sesuai untuk mereka yang sukar untuk menelan pil.


Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.




 Mari kita tengok apa kata mereka yang telah mengamalkan VIVIX..









Sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk shaklee boleh hubungi saya di talian 0139586196

Isnin, 30 Jun 2014

Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee In Sha Allah....

Buat kali ini saya ingin berkongsi tips mudah hamil dengan GLA Complex Shaklee. Tujuan saya tidak lain adalah untuk berkongsi dengan pasangan yang telah berumahtangga (sama ada yang masih baru atau yang sudah lama) namun masih lagi belum mendapat zuriat.
Alhamdulillah, GLA Complex ini semakin mendapat tempat di hati ramai pasangan kerana dikatakan salah satu cara mudah dan cepat hamil, Insha-Allah. Salah-seorang yang mendapat manfaat darinya adalah kakak ipar saya sendiri yang baru sahaja menimang cahayamata setelah hampir 6 tahun menanti dengan penuh kesabaran. Saya akan berkongsi testimonial daripada beliau sedikit masa lagi dengan para pembaca semua.
GLA Tips Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee
Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?
Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.
Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?
Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.
Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?
Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!
Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.


SUMBER : http://www.celikvitamin.com

KHASIAT utama ESP Shaklee yang perlu anda tahu...

Jika sebelum ini, anda didedahkan tentang 10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE,kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang 7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang perlu anda tahu.
Untuk pengenalan, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.
ESP 7 KEBAIKAN dan KHASIAT utama ESP Shaklee yang perlu anda tahu
Ramuannya terdiri daripada:
  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
  • Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:
1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.
 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.
 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


Read more http://www.celikvitamin.com/v2/7-kebaikan-dan-khasiat-esp-shaklee-utama-yang-perlu-anda-tahu/

10 PEMAIN PIALA DUNIA YANG SEPATUTNYA BERPUASA RAMADHAN

DENGAN BERMULANYA SAMBUTAN RAMADHAN HARI INI, UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA AKAN MENUNAIKAN IBADAH PUASA SELAMA SEBULAN. 



Tempoh tersebut bakal menguji kesabaran masyarakat Islam dengan tidak makan atau minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta tidak melakukan perkara yang dilarang sehingga boleh membatalkan puasa.

Menariknya, dalam bulan ini juga, berlangsung perlawanan bola sepak Piala Dunia yang turut melibatkan para pemain yang beragama Islam.

Biarpun perlu beraksi di padang, ia bukanlah alasan untuk mereka meninggalkan kewajiban berpuasa jika ia dilaksanakan dengan cara yang betul sekaligus tidak akan memudaratkan kesihatan mereka.

Berikut merupakan antara 10 pemain yang sepatutnya berpuasa sepanjang kempen tersebut:
1. Karim Benzema (Perancis)
2. Mesut Ozil (Jerman)
3. Xherdan Shaqiri (Switzerland)
4. Moussa Sissoko (Perancis)
5. Marouane Fellaini (Belgium)
6. Bacary Sagna (Perancis)
7. Sami Khedira (Jerman)
8. Vincent Aboubakar (Cameroon)
9. Mamadou Sakho (Perancis)
10. Eden Hazard (Belgium)

Inilah Sungai Paling Menyeramkan Dan Yang Paling Kotor Di Dunia....














Sungai Ganges ialah Sungai yang dianggap paling suci oleh penganut Agama Hindu.

Setiap hari ribuan orang datang untuk mandi didalam sungai ini bagi menyucikan diri mereka dari dosa. Setiap hari juga ratusan mayat dibakar di tebing dan debunya ditaburkan ke dalam Sungai.

Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, sungai sepanjang 2,510 km ini adalah penjelmaan Dewi Gangga. Sekiranya penganut hindu ingin mencapai TAHAP Moksha, iaitu Kebebasan dari Dilahirkan semula kedunia (seumpama Nirvana dalam ajaran Buddha), mereka perlu menaburkan debu mereka ke dalam Sungai Ganges dalam upacara Asthi Visarjan.

Debu Gandhi dan George Harrison adalah antara debu yang pernah ditaburkan kedalam sungai ini.

Mayat bergelimpangan di Sungai Ganges.

Gambar-gambar diatas menunjukan bagaimana sungai yang di anggap suci oleh bangsa hindu, penuh dengan mayat-mayat membusuk yang terapung dan terdampar tebing sungai, bagi bangsa lain, ini sangat jijik dan mengerikan.. 

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...