Jumaat, 22 Mei 2015

6 Ciri-ciri Masalah Kesuburan Yang Harus Anda Ambil Berat

Terdapat beberapa ciri-ciri yang menunjukkan kita mengalami masalah kesuburan. Kebanyakkan doktor memberi tempoh setahun dan sekiranya dalam tempoh tersebut anda masih belum hamil, maka segeralah berjumpa dengan pakar sakit puan atau OB/GYN. Walaubagaimanapun, jika anda berkahwin pada usia 35 tahun, anda perlu mula mendapatkan rawatan kesuburan hanya selepas 6 bulan tempoh percubaan. Ini kerana tahap kesuburan seorang wanita akan menurun sebaik mencecah umur 35 tahun.
Lovebaby menyenaraikan ciri-ciri atau tanda-tanda yang awal yang menunjukkan anda perlu mendapatkan rawatan kesuburan dengan segera. Pastinya semua yang telah berkahwin mahukan anak sebagai penyeri hidup berkeluarga. Oleh sebab itulah lebih bagus jika kita boleh mengambil langkah awal untuk mendapatkan rawatan.
Berikut adalah ciri-ciri yang perlu anda ambil perhatian.

Untuk Lelaki:


  1. Berumur lebih dari 30 tahun. Kerana jumlah sperma akan menurun sebaik sahaja umur seorang lelaki mencecah 30 tahun. Kekurangan jumlah sperma menyebabkan potensi untuk mengandung juga menurun.

  2. Masalah imunisasi. Lelaki yang mengalami masalah yang berkaitan dengan imunisasi atau sering dihinggapi penyakit mempunyai sperma yang lemah.

  3. Masalah berat badan. Sama ada kekurangan atau kelebihan berat badan juga memberi impak terhadap tahap kesuburan.

  4. Menghidap penyakit jangkitan seksual atau STD. Lelaki yang menghidap penyakit ini memberi impak kepada penghasilan, kekuatan dan kesihatan sperma.

Untuk Wanita:


  1. Haid yang tidak teratur dan PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Haid yang tidak teratur bermaksud ovulasi yang tidak teratur. Ini adalah masalah yang selalu dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin. Ada sesetengah wanita berjaya menangani masalah ini dengan diet yang seimbang dan senaman yang berkala tetapi ada juga yang terpaksa memakan pil hormon seperti Clomid dan sebagainya. PCOS pula adalah dimana ovari mengandungi banyak folikel cyst yang menghalang ovulasi dari berlaku. Tanda-tanda seseorang itu mengalami PCOS adalah haid yang tidak teratur, bulu yang lebat, masalah jerawat dan obesiti.

  2. Berumur lebih 30 tahun. Walaupun ini bukan masalah utama tetapi tahap kesuburan seorang wanita biasanya akan menurun apabila mencecah umur 30 tahun.

  3. Menghidap penyakit jangkitan seksual atau STD
Bagaimana? Adakah anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas? Sekiranya anda masih tidak hamil setelah berkahwin lebih dari setahun atau mempunyai ciri-ciri seperti yang di senaraikan di atas, maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar. Jangan lupa sentiasa berdoa di murahkan rezeki  dan janganlah berputus asa untuk terus berusaha


Saya nak share bahawa produk shaklee ada set kesuburan,so sapa2 yang mahu anak tapi belum dapat lagi saya cadangkan try la produk shaklee in sha allah mudah-mudahan anda akan mendapat zuriat..

wassap kami : 011-27439618





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...